Isnin, 20 Oktober 2014

Bintang-Bintang Dari Tanah Selatan 1


1)Dia
“Langit itu menangis lagi, jadi lagu indah di dalam hati.”
 – Maryam A. Aziz, September 2010


Petang itu, dia duduk sendiri sambil melihat anak kecilnya bermain dalam playpen. Sedang menunggu seseorang yang akan pulang sebentar lagi, dia memainkan lagu kegemaran saat dia kesunyian beberapa tahun sudah di tanah asing.  Gambar perkahwinan dalam planner dipandang lama. Seberapa lama lagikah kita mampu bertahan sayang, hatinya berkata sendiri. Kejam benarkah kita pada mereka. Manuskrip cerita kanak-kanak Hang Nadim dan Cendawan Kakadib yang sudah habis bertaip  sedia untuk dicetak. Sambil menunggu mesin pencetak menyudahkan kerja, lagu itu ditinggikan volumnya. Dia bangun perlahan sambil melangkah mendapatkan Abdul Rahman yang leka. Abdul Rahman didakap, dekat pada dada sampai dia dapat merasai degupan jantung anak itu. Tenang dia menyandar pada kerusi. Mengelus rambut dan belakang si kecil. Biar tenang sama.  Sambil memejam mata, dia mengingati semula permulaan kisah dia menjadi dewasa belakangan ini. Lagu The End of August berlagu indah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan