Ahad, 27 Oktober 2013

Pelangi Senja 4

Lampu dalam Dewan Tunku Syed Putra disuramkan. Riuh suara penonton berganti dengan suara pengacara majlis di atas pentas. Saudara Thaqif daripada pusat pengajian Komunikasi mula bermain kata dan mencuri tumpuan penonton.
Pegun di tempatnya, Ariana mencuri pandang daripada kesamaran cahaya pentas ke arah seseorang di sebelah kanannya. Pandangan kali pertama, dia masih belum dikesan. Namun, kali kedua dia berbuat perkara yang sama, ada sepasang mata yang membalas. Serta merta, bola matanya menunduk, cuba lari daripada realiti.
“Are you alright?”, gemersik pertanyaan dilontar Dean sambil memusing kepalanya ke arah gadis senyap disebelah.
“Good. You don’t have to worry.”, dibalas Ariana setelah menekur beberapa saat, mencari kata yang sesuai.
“I don’t.”, gelak halus meletus di tubir bibir Dean, selepas membidas kata-kata Ariana.
                Ariana memberi reaksi dengan senyuman  lebar. Dia tahu, perselisihan sebelum itu sudah selesai. Kemudian, dia hilang punca untuk meneruskan perbualan. Akhirnya,dia diam dan menikmati alunan merdu biola dari atas pentas.
                Beberapa ketika berlalu, dan Dean sudah bersedia disebalik tirai pentas. Dalam samar cahaya itu juga, dia mencari Ariana di tempat duduknya. Dia jumpa susuk tubuh itu di antara penari-penari lincah beraksi. Sebaik namanya diumumkan, Dean melangkah ke pentas bersama-sama teman-teman yang akan bermain alat muzik. Gementar dalam hati cuba diredakan dengan menarik nafas beberapa kali. Dia mengingatkan diri akan niat sebenarnya berada di pentas malam itu. Lalu, pembesar suara dalam genggaman digenggam erat. Dia menoleh sekilas kepada rakan-rakannya di belakang. Mencari kepastian.
“This song comes from a noble man years back before I was born. Later sung numerous times from my old man, and then to me by my grandma.”, dia mencari nafasnya yang agak  terputus-putus.
“Tonight, I want to convey my true feelings. Spending my years on the upcoming undertaking with the one I desire. You got my intention Ariana. Humbly from within myself, Nak Dara Rindu.”, Ariana tersentak.
                Callum di sebelahnya menepuk tangan Ariana sekali lagi. “He Loves you.”.
                Ariana cuba mengingat kembali pertemuannya dengan Dean lebih kurang seminggu yang lalu. Seminggu yang lalu, dia hanya berniat mencari pengalaman dan mencari kenalan baru bersama Hanum dan Riz. Dia tidak pernah berniat jatuh cinta kepada rakyat asing itu. Malah dia tidak pernah jatuh cinta sebelum itu. Dia juga tidak pasti dengan perasaannya. Masih dia ingat, kata-kata Dean, “I’m glad we met.”. Senyuman lelaki itu. Dirinya pula yang menunggu panggilan lelaki itu. Fikirannya rancak berfikir tentang perkara yang sedang berlangsung di antara dia dan Dean. Segala-galanya berlalu begitu pantas.
Sambil merenung Dean yang sedang menyanyi di atas pentas, hatinya melagukan sesuatu.  ‘And who can says, if your love grows, as your heart chose, only time. ‘. Benar. Kini dia hanya menyerahkan segalanya kepada masa. Masa itulah yang mengubah segalanya. Bukan dia.
                Selepas beberapa ketika, dia sedar Dean sudah sampai di penghujung lagu. Serta merta hatinya berdegup laju sekali. Tidak pasti reaksi yang harus diberikan setelah orang itu mengisi tempat kosong disebelahnya sekali lagi. Tepukan gemuruh kedengaran di kiri dan kanan. Callum di sebelah bangun berdiri dan berteriak riang. Manakala, dia hanya mampu menepuk angin dengan fikiran yang masih melayang. Tidak percaya. Hatinya belum memilih. Masih belum mahu memilih.

Sedari tadi, dia membiarkan Hanum memanggil-manggil namanya perlahan. Kadang perlahan dan kadangkala kuat. Lela juga sudah beberapa kali menepuk bahunya, menarik-narik selimut yang menyelubungi tubuh gadis itu. Namun, semakin ditarik, semakin kejap jugalah pegangan Ariana terhadap selimutnya. Dia masih belum dapat membuat keputusan. Tidakkah mereka semua mengerti. Ini soal kehidupannya.
“Ana, keluar dari selimut tu.”, suara Hanum kedengaran.
“Kalau tak suka, cakap tak. Kalau suka kata ya.”, sekali lagi.
“Susah sangat ke?”, kali ini Ariana membuka selimut menampakkan wajahnya yang kusut.
“Aku tak tahu.”, polos dia menjawab.
                Hanum berkalih tempat duduk di tepi katil Ariana. Rambut gadis itu disebak ke tepi. Ariana pula hanya merenung kosong wajah resah itu.
“Kenapa kau tak tahu?”, sambil itu, Hanum mencapai tangan Ariana.
“Aku tak tahu. Aku takut.”
“Kau takut apa?”
“Semuanya. Aku tak tahu Num. Tak ada siapa pernah ajar aku semua ni. Dia...”, akhirnya dia terluahkan segalanya yang membelenggu.
“Bagi aku masa. Aku janji aku takkan sakitkan hati sesiapa. Sekarang ni, aku takut. Clueless. In a tight pit.”, dia berharap Hanum dapat mengerti.
“Take your time. Be wise. Hidup kau anyway.”, Hanum menggenggam jemari yang sejuk itu kejap dan kemas. Bagai menyalurkan kekuatan bagi si dia yang sedang kusut.
                Dia bangun perlahan, mengambil beg sandang di atas bangku. “Aku balik dulu.”

Sekali lagi, dia datang ke tempat ini. Melihat panorama ini. Bezanya, dahulu ketika dia kali pertama berkunjung ke situ, hatinya masih berbelah bahagi. Kini, hatinya pasti namun dalam masa yang sama berbelah bahagi. Terlalu keterlaluankah tindakannya? Mengapa gadis itu pergi begitu sahaja sebelum sempat dia menerangkan segalanya? Pergi tanpa menoleh ke belakang lagi meninggalkan dia terpinga-pinga bersama hatinya yang baru diserahkan lewat nyanyian lagu Nak Dara Rindu itu.
                Botol Root Beer itu diteguk sekali. Dia ibarat orang yang putus cinta. Bezanya, cinta itu belum pun bersulam. Seketika, dia berharap dirinya ibarat kapal terbang yang sedang membelah kepekatan malam di udara. Bebas dan pasti akan destinasi yang harus ditujunya. Dengan tujuan yang tertentu, tepat tiba di destinasinya tanpa tersasar. Kemudian, pada akhirnya, tujuan itu akan terlaksana dan juru terbang dapat menarik nafas lega. Namun, dia bukan kapal terbang. Cintanya pada Ariana memang pasti, namun nasib tidak dapat memastikan bahawa gadis itu mempunyai perasaan yang sama. Nasib tidak mengatakan yang dia tidak akan kecewa.
“Ariana.”, terluah halus nama gadis itu di pinggir bibir.
                Dalam separuh sedar, dia mengulang panggil nama gadis itu. Badannya ditongkat dengan lengan sambil memandang Jambatan Pulau Pinang. Callum di sebelah turut memandang ke arah yang sama. Dia tahu, sahabatnya sedang berduka. Dean meraup rambut yang menutupi mata. Botol diteguk sekali lagi. Menghabiskan saki baki minuman yang bersisa.
   Dia merenung botol Root Beer yang sudah kosong. “Would you like some Dean?”, wajah gadis itu menyapa lagi. Hari itu, gadis itu mempelawanya minum dengan wajah kemerahan akibat menahan panas. Ketika itu, dia berasa sangat senang dengan Ariana.
  Siapa tahu, kini rasa senang itu bertukar bahagia. Daripada bahagia bertukar cinta. Setelah itu, tidak ada lelaki yang tidak ingin memiliki hati gadis yang dicintainya. Jika adapun, baginya, cinta itu harus ada yang menyambutnya. Apabila gadis itu membisu malah melarikan diri, dia keliru. Sebahagian hatinya berasa malu dengan dirinya sendiri. Ariana seolah-olah tidak menghargai perasaannya. Dia kecewa. Betul-betul kecewa.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan