Ahad, 27 Oktober 2013

Pelangi Senja 5


Teksi yang membawanya ke kawasan perkampungan di daerah Juru itu berhenti di hadapan sebuah rumah yang sudah lama tidak dikunjunginya. Rumah itu tampak hidup dengan bunga-bunga kertas dan bunga raya memagari halaman.
Here boy.”, dia dikejutkan dengan suara pemandu teksi.
              Pantas beberapa not warna hijau dalam dompet dihulur.
One more ringgit boy.”, sambil menyengih pemandu teksi meminta baki duit.
       Dia yang baru menutup pintu kereta menjenguk di cermin tingkap sebelah pemandu. Beg sandangnya diletak atas jalan berturap. Tangannya lincah menyeluk poket seluar. Not RM 1 dihulur sambil menghadiahkan senyuman.
“Terima kasih.”, dia menyalami pemandu itu.
“Sama-sama boy. Bye.”, sejurus pamitan, teksi itu berlalu.
         Dia menghantar pemergian teksi itu dengan lewat ekor mata. “I’m not a boy.”, sambil itu dia meneduhi wajah dengan tapak tangan. Badannya dipusing menghadap pagar rumah yang berjeriji. Hanya rumah itu yang kelihatan lain berbanding rumah-rumah di sekelilingnya. Di sebelah kanan rumah, ada air terjun mini dan sebuah gazebo yang masih elok dijaga. Seingatnya kali terakhir dia memijakkan kakinya di situ ialah waktu dua bulan setelah datuknya meninggal dunia. Ketika itu, dia datang bersama ibunya. Melihatkan keadaan yang rapi dan tersusun, dia yakin orang yang dirinduinya sihat belaka.
“Assalamualaikum. Nek Adibah. Assalamualaikum.”, sambil mengucapkan salam, dia meninjau ke halaman rumah.
        Tidak lama setelah itu, ada seseorang keluar dari bahagian kebun bunga berdekatan air terjun buatan. Nenek Adibah. Wanita tua itu berdiri tegak. Matanya dipicing sambil membetulkan duduk letak kaca mata atas batang hidung. Peluh di dahi diseka dengan tuala kecil yang disangkut pada bahu. Sekejap dia berjalan perlahan ke arah tetamu di sebalik pagar jeriji.
“Waalaikumsalam. Siapa tu?”, dia berjalan sambil mengelap tangan pada tuala kecil.
          Sebaik mengamati beberapa detik wajah di hadapannya, dia tersenyum puas dan mempercepatkan langkah. Tidak sabar hendak bertemu wajah yang dirinduinya. “Dean.”, bibirnya menuturkan halus nama pemuda itu.
“Dean. Dean. Kamu ke mana? Lama tak datang jumpa nenek. It has been so long Dean.”, ligat tangannya membuka pagar jeriji sambil diperhatikan Dean. Sayu.
       Sebaik pagar itu terbuka separuh, nenek Adibah memeluk tubuh tinggi dan tegap itu sekejap. Melepaskan rindunya yang telah bertahun tersimpan. Dahulu, tubuh itu kecil sewaktu arwah suaminya meninggal dunia. Sudah lebih sembilan tahun dia tidak ketemu anak yang seorang itu. Hanya sesekali, Dean menghubunginya dari Bristol. Saat itu mata biru itu nampak polos dan kosong. Kini, apabila dia merenung ke dalam anak mata lelaki muda itu, mata itu nampak matang. Alhamdulillah, hati kecil nenek Adibah berbisik.
“I’m back.”, dengan mata sedikit berkaca, kedua-duanya saling berbicara.

Dean melihat ruang dapur nenek Adibah yang kemas dan rapi. Rumah kampung ini nampak moden di sebalik seni binanya yang lama. Dia tahu, nenek Adibah menjaga rumah itu dengan baik seolah-olah arwah datuknya masih ada.
       Kabinet yang dilekatkan pada dinding itu sudah ada sejak arwah datuknya masih hidup. Kalau dibandingkan struktur binaan kabinet nenek Adibah dengan rumah ibunya di Bristol, kabinet nenek Adibah lebih ringkas dengan warna kayu. Meja kabinet juga diperbuat daripada kayu, juga meja makan dan kerusi. Segala-galanya tidak berubah sejak sembilan tahun yang lalu.
          Dia melihat nenek Adibah yang sedang mengacau teh dalam teko. Neneknya itu nampak sihat dan masih teguh berdiri. Tubuhnya sedang walaupun tingginya merendang. Sesuai dipadankan dengan sepasang kaki kecil yang menampung tubuh. Kulitnya kuning langsat dan rambutnya ditutup dengan tudung berwarna krim. Pada dasarnya, dia merasakan nenek Adibah seorang wanita yang cantik sewaktu muda. Sekilas, dia seperti terpandang wajah Ariana di sebalik tudung krim itu. Sedang membancuh minuman untuknya saat dia baru pulang dari kerja. Fikirannya menerawang. ‘Alangkah indahnya jika Ariana menjadi peneman hidupku’.
          Dia tersentak apabila tangan berkedut nenek Adibah menepuk tangannya yang diletakkan di atas meja. Nenek Adibah tersenyum melihatnya.
“Saya susahkan nenek?”, dengan susah payah, Dean cuba mengingat kembali dialog bahasa Melayu yang sudah lama ditinggalkannya.
No, I miss you.”, nenek Adibah masih tersenyum.
         Di belakang nenek Adibah, remang petang dan angin bertiup sesekali daripada ladang tanaman misai kucing. Hati Dean merasa damai. Sepasang tangan tua nenek Adibah digenggam dan diciumnya. Rasa hormat yang diajarkan arwah datuk padanya sejak dulu masih belum hilang terhadap wanita tua itu. Dia rasa dirinya disayangi. ‘I’ve been missing you too’. Hati kecilnya bersuara.
How have you been? Dean study di USM?”, Dean mengangguk sekali.
“Saya sihat sahaja. How about you?”, telinganya sesekali menangkap bunyi air terjun mencurah damai, sedamai hatinya.
“Nenek good. Dean come here just alone?”, nenek Adibah merasakan ada sesuatu yang disembunyikan cucunya.
          Dean mengangguk. Kemudian, dia mencapai cawan berisi teh di atas meja.
“Boleh saya minum?”, nenek Adibah tertawa sekali dan mempelawanya.
Yes. Nenek lupa. Sudah tua, sayang.”, Dean ikut tersenyumm dan meneguk sekali.
         Sebaik meletakkan cawan ke dalam dulang, ada seseorang di muka pintu memberi salam. Seorang lelaki muda dalam lingkungan umur lewat 20-an. Dia memberi salam dan disambut mesra oleh nenek Adibah. Di tangannya, tergantung beberapa beg plastik berisi barang-barang masakan. Sayur dan ikan. Dia kemudian tanpa dipelawa masuk ke dalam rumah dan berdiri tegak sebaik terpandang Dean.
“Siapa ni nek?”, dia menoleh ke arah nenek Adibah yang sedang menutup gril pintu sambil membimbit beg plastik.
          Nenek Adibah tersenyum sekali dan berjalan ke arah peti sejuk. “Dean.”
“Dean?”, lelaki itu sudah menarik kerusi dan berkira-kira mahu bersalam dengan Dean.
“Cucu atuk Hasan. Yang living in Britain tu.”, Dean senyum dan menghulur salam.
          Dia masih ingat adat orang timur yang diajarkan datuknya apabila bertemu dengan orang lain.
“Saya Dean.”, dan lelaki itu kelihatan terkejut melihatnya bertutur bahasa Melayu.
“Razif.”, kedua-duanya bersalam sambil diperhatikan nenek Adibah yang tersenyum lebar.
           Kedua-dua cucunya yang tinggal ini akhirnya bertemu.

Razif ialah cucu angkat nenek Adibah dan datuk Hasan. Datuk Hasan merupakan datuk kandung Dean yang berkhidmat dengan tentera British sewaktu Perang Dunia ke Dua. Dia menukar namanya daripada Charles Alexander Watts kepada Hasan Watts bin Abdullah sebelum menikah dengan nenek Adibah.
          Apabila Razif ditinggalkan bapanya yang mati dibunuh, datuk Hasan memeliharanya. Ketika itu, Razif baru berusia lapan tahun. Dia yang tidak dikurniakan anak bersama nenek Adibah menganggap Razif darah dagingnya. Menggantikan rasa rindunya terhadap keluarga yang jauh di tanah Inggeris. Tempat Dean membesar dan dibawa melawat Malaysia beberapa kali terutama sewaktu cuti persekolahan.
“Such a long story.”, Dean yang sedang mengunyah nasi bersama sup sayur mengulas cerita nenek Adibah.
“How old are you?”, Razif yang sedang menuang air ke dalam gelas nenek Adibah.
“What do you think?”, dia sengaja mahu menduga.
“24 tahun.”
“Betul. Hebat sungguh.”, Razif ketawa besar membelah pekat malam waktu Isya’.
         Malam itu, tiga beranak yang baru bertemu ini makan bersama-sama. Razif lupa permasalahannya di rumah, begitu juga Dean yang terlupa sebentar kegalauan hatinya tentang Ariana.









               



Tiada ulasan:

Catat Ulasan