Memaparkan catatan dengan label Pelangi Senja. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pelangi Senja. Papar semua catatan

Sabtu, 28 Disember 2013

Pelangi Senja 6


                Sudah tiga hari Dean tinggal di rumah itu. Razif akan  mengajaknya ke ladang misai kucing miliknya pada sebelah pagi atau petang. Atuk Hasan telah meninggalkan ladang itu untuknya. Sepanjang jalan pada petang itu, Dean melihat kerbau di suatu tanah lapang dari jauh.
“You come near, they hurt you.”, Razif yang memandu motosikal mengingatkan Dean.
                Suaranya kuat melawan rintangan angin. Dean di belakang ketawa mendengar dialek bahasa Inggeris Razif. Bukannya Dean tidak memahami bahasa Melayu, sengaja lelaki itu mahu bercakap bahasa Inggeris. Dean perasan beberapa orang yang melintasi mereka menoleh melihat dirinya. Telefon bimbitnya sudah berpuluh kali bergetar. Dia tahu Callum yang menelefon. Kalau bukan Callum, Hanum atau Rizuan. Ariana tidak akan menelefonnya ketika ini. Dia yakin itu.
“Kau sudah kahwin Razif?”, setelah mereka tiba di jeti, Dean terdetik untuk bertanya.
                Razif yang sedang memeriksa jaringnya berhenti seketika. Kemudian dia menyambung kembali dan berjalan ke arah enjin bot.
Yes. Kenapa kau tanya?”, dia berhasrat tidak menunjukkan reaksi sebenarnya kepada Dean.
How long?”, Dean sudah berjalan ke tepi dek dan ingin masuk ke dalam bot.
“2 tahun.”, Razif mengeluarkan dua jari sambil tersenyum sekali lagi.
“Kau gembira?”, kali ini Razif menghidupkan enjin dan kesunyian petang itu terisi dengan bunyi kuat enjin.
“Kau tak boleh ukur berapa happy aku. My happy not same with you. I eat Nasi Lemak, very spicy. Sedap. But you, don’t like spicy.”, Dean mengangguk beberapa kali.
Not same Dean. Tak sama.”, Razif sudah bersedia untuk mengemudi botnya.
“Pakai jaket ni.”, jaket keselamatan dicampak ke arah Dean yang duduk menghadapnya.
                Terik matahari masih memancar walaupun hari sudah petang. Dean mengebak rambut basahnya beberapa kali sambil mengenakan jaket keselamatan. Razif pula menunggu sehingga Dean selesai memakai jaketnya. Tali keselamatan terakhir yang disemat pada bahu sudah disemat. Dean memberi isyarat kepada Razif yang dia sudah bersedia.
                Perlahan-lahan bot meninggalkan jeti kampung dan bergerak ke arah lautan. Beberapa nelayan yang lewat bersapa dan menjerit salam. Razif yang mengenali mereka turut mengangkat tangan dan menjerit salam. Dean juga ikut mengangkat tangannya beberapa kali. Biar mereka tidak mengenalinya, namun, adat orang tempatan perlu dihormati.
                Sepanjang bot membelah laut, beberapa kali air terpercik pada wajah dan jaketnya. Sambil itu, Dean memikir hubungannya dengan Ariana. Mungkin dia perlu meminta pendapat Razif kerana Razif lelaki tempatan. Tetapi, Rizuan juga lelaki tempatan. Boleh sahaja kalau dia ingin bercakap dengan lelaki itu. Namun, dia merasakan lelaki belum terlalu matang dalam hidup.
                Dia faham. Mungkin Ariana memerlukan masa. Sekiranya Ariana membalas perasaannya, gadis itu perlu berkorban besar. Mereka bukan berasal dari tempat yang sama. Keturunan mereka berbeza. Terlalu banyak yang berbeza antara mereka. Serta merta kerutan wajahnya semakin kelihatan ditambah dengan silau terik mentari.
                Tiba-tiba Razif berhenti di suatu kawasan dan memperlahankan kelajuan enjin botnya. Dia mengeluarkan sebuah alat pengeruk yang panjang dan ditujah dalam kedalam laut. Dean turut berdiri dan mengimbangi badannya dek kerana hairan. Bot kemudian berpusing mengikut arah jam sambil Razif masih mengeruk sesuatu menggunakan alat tadi.
What is that bro?”, Razif tersenyum sekali.
“Aku cari kerang!”, Dean semakin menghampiri Razif dan kemudian menunduk  untuk melihat ke dalam air.
“Kerang apa?”
                Razif berhenti sebentar dan menarik ke atas pengeruknya. Dia menurunkan kerang yang sudah tersangkut dalam jaringnya atas perut bot. Dean melihat kagum.
Hell...!”, dia mengambil sebiji kerang dan melihat-lihat kerang itu kembang dan menguncup.
                Ketawanya meletus perlahan-lahan sambil disambut juga dengan tawa Dean. Dari jauh kelihatan jambatan kedua Pulau Pinang yang masih dalam pembinaan. Dean menjerit riang dan meminta untuk menggantikan Razif mencari kerang. Dia teruja. Dia lupa kesedihannya tentang Ariana. Sedang dia sibuk menangkap gambar hasil tangkapannya, skrin telefonnya menunjukkan nama Ariana yang sedang memanggilnya.
                Keterujaannya mati seketika, namun dalam masa yang sama, hatinya melonjak girang tanpa diduga. Razif hairan kerana tiba-tiba sahaja anak mat saleh itu merenung kosong telefon bimbitnya tanpa berkelip. Wajahnya tidak dapat dibaca riaknya. Akhirnya dia menjerit kuat.
“Hoi, telefon ringing! Answer!”, bagai baru tersedar, Dean menyambut panggilan itu.
                Bagai mengerti, Razif memperlahan enjin botnya. Di hujung talian sana, Ariana yang sedang duduk di meja studi teragak-agak mengeluarkan suara apabila panggilan sudah bersambung.
“He..he..hello.”, tersekat-sekat dia memulakan bicara.
                Dean di hujung talian pula masih menunggu bicara gadis itu yang seterusnya.
“Ariana speaking here. Dean?”, bibirnya digigit sebentar dan Dean yang dihujung talian memejam matanya kejap.
                Senyumannya terukir dipinggir bibir. Sungguh dia tidak menyangka Ariana akan menghubunginya setelah menyepi beberapa ketika. Ketika dia sedang berhasrat melupakan gadis itu, melupakan perasaannya dan melayan hatinya dengan kerang yang baru ditangkapnya sebentar tadi, Ariana menelefon.
“Hurm. You guess?”, dia ingin sekali memanjangkannya bicaranya.
                Ariana tidak senang duduk. Dia melihat seketika ke luar jendela. Melihat orang lalu lalang yang sedang berjoging pada petang itu. Soalannya tidak dijawab sebaliknya dibalas dengan soalan juga.
I know it’s you. How you doing?”, Ariana nekad memberikan jawapannya petang itu.
“Me?, Uh, having a good time here with Razif. On the boat. What about you?”, wajah Ariana berkerut mendengar penjelasan lelaki itu.
                Seketika Dean melihat Razif mencuri pandang ke arahnya dengan ekor mata. Matanya yang dipicing menahan silau seakan-akan mengejeknya. Dia ketawa.
“Erm..how to say, I went to my hometown. Juru. Do you know Juru. So yeah, that is it.”
“You have to explain it. I don’t find your explanation now useful for my understanding.”
“Yes, I’ll make it up for you once I got back. When are you available?”, Dean sudah nampak sedikit jalannya untuk membina semula hubungannya dengan gadis itu.
“Okay, hurm, this Monday. Night after nine. I’ve got discussion.”, Ariana di hujung talian juga melihat peluang untuknya menjelaskan situasi yang sebenar.
“See you at Fajar. I’ll call you.”
Call. See you.”, Ariana ingin meletakkan panggilan sebelum Dean mencelah.
Wait. Ariana...Are we good? I guess at least you should give our relationship a name.”, Ariana di hujung talian membisu seketika.
I’ll let you know this Monday. Bye. See ya. “, dan talian terus mati meninggalkan Dean yang masih terpinga-pinga.
                Dean yang duduk santai merenung telefonnya sekali imbas. Wajah Razif ditenungnya. Dia senyum sekali.

“She called me!”, kemudian jeritan bergema-gema membelah angin petang laut. 

Ahad, 27 Oktober 2013

Pelangi Senja 5


Teksi yang membawanya ke kawasan perkampungan di daerah Juru itu berhenti di hadapan sebuah rumah yang sudah lama tidak dikunjunginya. Rumah itu tampak hidup dengan bunga-bunga kertas dan bunga raya memagari halaman.
Here boy.”, dia dikejutkan dengan suara pemandu teksi.
              Pantas beberapa not warna hijau dalam dompet dihulur.
One more ringgit boy.”, sambil menyengih pemandu teksi meminta baki duit.
       Dia yang baru menutup pintu kereta menjenguk di cermin tingkap sebelah pemandu. Beg sandangnya diletak atas jalan berturap. Tangannya lincah menyeluk poket seluar. Not RM 1 dihulur sambil menghadiahkan senyuman.
“Terima kasih.”, dia menyalami pemandu itu.
“Sama-sama boy. Bye.”, sejurus pamitan, teksi itu berlalu.
         Dia menghantar pemergian teksi itu dengan lewat ekor mata. “I’m not a boy.”, sambil itu dia meneduhi wajah dengan tapak tangan. Badannya dipusing menghadap pagar rumah yang berjeriji. Hanya rumah itu yang kelihatan lain berbanding rumah-rumah di sekelilingnya. Di sebelah kanan rumah, ada air terjun mini dan sebuah gazebo yang masih elok dijaga. Seingatnya kali terakhir dia memijakkan kakinya di situ ialah waktu dua bulan setelah datuknya meninggal dunia. Ketika itu, dia datang bersama ibunya. Melihatkan keadaan yang rapi dan tersusun, dia yakin orang yang dirinduinya sihat belaka.
“Assalamualaikum. Nek Adibah. Assalamualaikum.”, sambil mengucapkan salam, dia meninjau ke halaman rumah.
        Tidak lama setelah itu, ada seseorang keluar dari bahagian kebun bunga berdekatan air terjun buatan. Nenek Adibah. Wanita tua itu berdiri tegak. Matanya dipicing sambil membetulkan duduk letak kaca mata atas batang hidung. Peluh di dahi diseka dengan tuala kecil yang disangkut pada bahu. Sekejap dia berjalan perlahan ke arah tetamu di sebalik pagar jeriji.
“Waalaikumsalam. Siapa tu?”, dia berjalan sambil mengelap tangan pada tuala kecil.
          Sebaik mengamati beberapa detik wajah di hadapannya, dia tersenyum puas dan mempercepatkan langkah. Tidak sabar hendak bertemu wajah yang dirinduinya. “Dean.”, bibirnya menuturkan halus nama pemuda itu.
“Dean. Dean. Kamu ke mana? Lama tak datang jumpa nenek. It has been so long Dean.”, ligat tangannya membuka pagar jeriji sambil diperhatikan Dean. Sayu.
       Sebaik pagar itu terbuka separuh, nenek Adibah memeluk tubuh tinggi dan tegap itu sekejap. Melepaskan rindunya yang telah bertahun tersimpan. Dahulu, tubuh itu kecil sewaktu arwah suaminya meninggal dunia. Sudah lebih sembilan tahun dia tidak ketemu anak yang seorang itu. Hanya sesekali, Dean menghubunginya dari Bristol. Saat itu mata biru itu nampak polos dan kosong. Kini, apabila dia merenung ke dalam anak mata lelaki muda itu, mata itu nampak matang. Alhamdulillah, hati kecil nenek Adibah berbisik.
“I’m back.”, dengan mata sedikit berkaca, kedua-duanya saling berbicara.

Dean melihat ruang dapur nenek Adibah yang kemas dan rapi. Rumah kampung ini nampak moden di sebalik seni binanya yang lama. Dia tahu, nenek Adibah menjaga rumah itu dengan baik seolah-olah arwah datuknya masih ada.
       Kabinet yang dilekatkan pada dinding itu sudah ada sejak arwah datuknya masih hidup. Kalau dibandingkan struktur binaan kabinet nenek Adibah dengan rumah ibunya di Bristol, kabinet nenek Adibah lebih ringkas dengan warna kayu. Meja kabinet juga diperbuat daripada kayu, juga meja makan dan kerusi. Segala-galanya tidak berubah sejak sembilan tahun yang lalu.
          Dia melihat nenek Adibah yang sedang mengacau teh dalam teko. Neneknya itu nampak sihat dan masih teguh berdiri. Tubuhnya sedang walaupun tingginya merendang. Sesuai dipadankan dengan sepasang kaki kecil yang menampung tubuh. Kulitnya kuning langsat dan rambutnya ditutup dengan tudung berwarna krim. Pada dasarnya, dia merasakan nenek Adibah seorang wanita yang cantik sewaktu muda. Sekilas, dia seperti terpandang wajah Ariana di sebalik tudung krim itu. Sedang membancuh minuman untuknya saat dia baru pulang dari kerja. Fikirannya menerawang. ‘Alangkah indahnya jika Ariana menjadi peneman hidupku’.
          Dia tersentak apabila tangan berkedut nenek Adibah menepuk tangannya yang diletakkan di atas meja. Nenek Adibah tersenyum melihatnya.
“Saya susahkan nenek?”, dengan susah payah, Dean cuba mengingat kembali dialog bahasa Melayu yang sudah lama ditinggalkannya.
No, I miss you.”, nenek Adibah masih tersenyum.
         Di belakang nenek Adibah, remang petang dan angin bertiup sesekali daripada ladang tanaman misai kucing. Hati Dean merasa damai. Sepasang tangan tua nenek Adibah digenggam dan diciumnya. Rasa hormat yang diajarkan arwah datuk padanya sejak dulu masih belum hilang terhadap wanita tua itu. Dia rasa dirinya disayangi. ‘I’ve been missing you too’. Hati kecilnya bersuara.
How have you been? Dean study di USM?”, Dean mengangguk sekali.
“Saya sihat sahaja. How about you?”, telinganya sesekali menangkap bunyi air terjun mencurah damai, sedamai hatinya.
“Nenek good. Dean come here just alone?”, nenek Adibah merasakan ada sesuatu yang disembunyikan cucunya.
          Dean mengangguk. Kemudian, dia mencapai cawan berisi teh di atas meja.
“Boleh saya minum?”, nenek Adibah tertawa sekali dan mempelawanya.
Yes. Nenek lupa. Sudah tua, sayang.”, Dean ikut tersenyumm dan meneguk sekali.
         Sebaik meletakkan cawan ke dalam dulang, ada seseorang di muka pintu memberi salam. Seorang lelaki muda dalam lingkungan umur lewat 20-an. Dia memberi salam dan disambut mesra oleh nenek Adibah. Di tangannya, tergantung beberapa beg plastik berisi barang-barang masakan. Sayur dan ikan. Dia kemudian tanpa dipelawa masuk ke dalam rumah dan berdiri tegak sebaik terpandang Dean.
“Siapa ni nek?”, dia menoleh ke arah nenek Adibah yang sedang menutup gril pintu sambil membimbit beg plastik.
          Nenek Adibah tersenyum sekali dan berjalan ke arah peti sejuk. “Dean.”
“Dean?”, lelaki itu sudah menarik kerusi dan berkira-kira mahu bersalam dengan Dean.
“Cucu atuk Hasan. Yang living in Britain tu.”, Dean senyum dan menghulur salam.
          Dia masih ingat adat orang timur yang diajarkan datuknya apabila bertemu dengan orang lain.
“Saya Dean.”, dan lelaki itu kelihatan terkejut melihatnya bertutur bahasa Melayu.
“Razif.”, kedua-duanya bersalam sambil diperhatikan nenek Adibah yang tersenyum lebar.
           Kedua-dua cucunya yang tinggal ini akhirnya bertemu.

Razif ialah cucu angkat nenek Adibah dan datuk Hasan. Datuk Hasan merupakan datuk kandung Dean yang berkhidmat dengan tentera British sewaktu Perang Dunia ke Dua. Dia menukar namanya daripada Charles Alexander Watts kepada Hasan Watts bin Abdullah sebelum menikah dengan nenek Adibah.
          Apabila Razif ditinggalkan bapanya yang mati dibunuh, datuk Hasan memeliharanya. Ketika itu, Razif baru berusia lapan tahun. Dia yang tidak dikurniakan anak bersama nenek Adibah menganggap Razif darah dagingnya. Menggantikan rasa rindunya terhadap keluarga yang jauh di tanah Inggeris. Tempat Dean membesar dan dibawa melawat Malaysia beberapa kali terutama sewaktu cuti persekolahan.
“Such a long story.”, Dean yang sedang mengunyah nasi bersama sup sayur mengulas cerita nenek Adibah.
“How old are you?”, Razif yang sedang menuang air ke dalam gelas nenek Adibah.
“What do you think?”, dia sengaja mahu menduga.
“24 tahun.”
“Betul. Hebat sungguh.”, Razif ketawa besar membelah pekat malam waktu Isya’.
         Malam itu, tiga beranak yang baru bertemu ini makan bersama-sama. Razif lupa permasalahannya di rumah, begitu juga Dean yang terlupa sebentar kegalauan hatinya tentang Ariana.









               



Pelangi Senja 4

Lampu dalam Dewan Tunku Syed Putra disuramkan. Riuh suara penonton berganti dengan suara pengacara majlis di atas pentas. Saudara Thaqif daripada pusat pengajian Komunikasi mula bermain kata dan mencuri tumpuan penonton.
Pegun di tempatnya, Ariana mencuri pandang daripada kesamaran cahaya pentas ke arah seseorang di sebelah kanannya. Pandangan kali pertama, dia masih belum dikesan. Namun, kali kedua dia berbuat perkara yang sama, ada sepasang mata yang membalas. Serta merta, bola matanya menunduk, cuba lari daripada realiti.
“Are you alright?”, gemersik pertanyaan dilontar Dean sambil memusing kepalanya ke arah gadis senyap disebelah.
“Good. You don’t have to worry.”, dibalas Ariana setelah menekur beberapa saat, mencari kata yang sesuai.
“I don’t.”, gelak halus meletus di tubir bibir Dean, selepas membidas kata-kata Ariana.
                Ariana memberi reaksi dengan senyuman  lebar. Dia tahu, perselisihan sebelum itu sudah selesai. Kemudian, dia hilang punca untuk meneruskan perbualan. Akhirnya,dia diam dan menikmati alunan merdu biola dari atas pentas.
                Beberapa ketika berlalu, dan Dean sudah bersedia disebalik tirai pentas. Dalam samar cahaya itu juga, dia mencari Ariana di tempat duduknya. Dia jumpa susuk tubuh itu di antara penari-penari lincah beraksi. Sebaik namanya diumumkan, Dean melangkah ke pentas bersama-sama teman-teman yang akan bermain alat muzik. Gementar dalam hati cuba diredakan dengan menarik nafas beberapa kali. Dia mengingatkan diri akan niat sebenarnya berada di pentas malam itu. Lalu, pembesar suara dalam genggaman digenggam erat. Dia menoleh sekilas kepada rakan-rakannya di belakang. Mencari kepastian.
“This song comes from a noble man years back before I was born. Later sung numerous times from my old man, and then to me by my grandma.”, dia mencari nafasnya yang agak  terputus-putus.
“Tonight, I want to convey my true feelings. Spending my years on the upcoming undertaking with the one I desire. You got my intention Ariana. Humbly from within myself, Nak Dara Rindu.”, Ariana tersentak.
                Callum di sebelahnya menepuk tangan Ariana sekali lagi. “He Loves you.”.
                Ariana cuba mengingat kembali pertemuannya dengan Dean lebih kurang seminggu yang lalu. Seminggu yang lalu, dia hanya berniat mencari pengalaman dan mencari kenalan baru bersama Hanum dan Riz. Dia tidak pernah berniat jatuh cinta kepada rakyat asing itu. Malah dia tidak pernah jatuh cinta sebelum itu. Dia juga tidak pasti dengan perasaannya. Masih dia ingat, kata-kata Dean, “I’m glad we met.”. Senyuman lelaki itu. Dirinya pula yang menunggu panggilan lelaki itu. Fikirannya rancak berfikir tentang perkara yang sedang berlangsung di antara dia dan Dean. Segala-galanya berlalu begitu pantas.
Sambil merenung Dean yang sedang menyanyi di atas pentas, hatinya melagukan sesuatu.  ‘And who can says, if your love grows, as your heart chose, only time. ‘. Benar. Kini dia hanya menyerahkan segalanya kepada masa. Masa itulah yang mengubah segalanya. Bukan dia.
                Selepas beberapa ketika, dia sedar Dean sudah sampai di penghujung lagu. Serta merta hatinya berdegup laju sekali. Tidak pasti reaksi yang harus diberikan setelah orang itu mengisi tempat kosong disebelahnya sekali lagi. Tepukan gemuruh kedengaran di kiri dan kanan. Callum di sebelah bangun berdiri dan berteriak riang. Manakala, dia hanya mampu menepuk angin dengan fikiran yang masih melayang. Tidak percaya. Hatinya belum memilih. Masih belum mahu memilih.

Sedari tadi, dia membiarkan Hanum memanggil-manggil namanya perlahan. Kadang perlahan dan kadangkala kuat. Lela juga sudah beberapa kali menepuk bahunya, menarik-narik selimut yang menyelubungi tubuh gadis itu. Namun, semakin ditarik, semakin kejap jugalah pegangan Ariana terhadap selimutnya. Dia masih belum dapat membuat keputusan. Tidakkah mereka semua mengerti. Ini soal kehidupannya.
“Ana, keluar dari selimut tu.”, suara Hanum kedengaran.
“Kalau tak suka, cakap tak. Kalau suka kata ya.”, sekali lagi.
“Susah sangat ke?”, kali ini Ariana membuka selimut menampakkan wajahnya yang kusut.
“Aku tak tahu.”, polos dia menjawab.
                Hanum berkalih tempat duduk di tepi katil Ariana. Rambut gadis itu disebak ke tepi. Ariana pula hanya merenung kosong wajah resah itu.
“Kenapa kau tak tahu?”, sambil itu, Hanum mencapai tangan Ariana.
“Aku tak tahu. Aku takut.”
“Kau takut apa?”
“Semuanya. Aku tak tahu Num. Tak ada siapa pernah ajar aku semua ni. Dia...”, akhirnya dia terluahkan segalanya yang membelenggu.
“Bagi aku masa. Aku janji aku takkan sakitkan hati sesiapa. Sekarang ni, aku takut. Clueless. In a tight pit.”, dia berharap Hanum dapat mengerti.
“Take your time. Be wise. Hidup kau anyway.”, Hanum menggenggam jemari yang sejuk itu kejap dan kemas. Bagai menyalurkan kekuatan bagi si dia yang sedang kusut.
                Dia bangun perlahan, mengambil beg sandang di atas bangku. “Aku balik dulu.”

Sekali lagi, dia datang ke tempat ini. Melihat panorama ini. Bezanya, dahulu ketika dia kali pertama berkunjung ke situ, hatinya masih berbelah bahagi. Kini, hatinya pasti namun dalam masa yang sama berbelah bahagi. Terlalu keterlaluankah tindakannya? Mengapa gadis itu pergi begitu sahaja sebelum sempat dia menerangkan segalanya? Pergi tanpa menoleh ke belakang lagi meninggalkan dia terpinga-pinga bersama hatinya yang baru diserahkan lewat nyanyian lagu Nak Dara Rindu itu.
                Botol Root Beer itu diteguk sekali. Dia ibarat orang yang putus cinta. Bezanya, cinta itu belum pun bersulam. Seketika, dia berharap dirinya ibarat kapal terbang yang sedang membelah kepekatan malam di udara. Bebas dan pasti akan destinasi yang harus ditujunya. Dengan tujuan yang tertentu, tepat tiba di destinasinya tanpa tersasar. Kemudian, pada akhirnya, tujuan itu akan terlaksana dan juru terbang dapat menarik nafas lega. Namun, dia bukan kapal terbang. Cintanya pada Ariana memang pasti, namun nasib tidak dapat memastikan bahawa gadis itu mempunyai perasaan yang sama. Nasib tidak mengatakan yang dia tidak akan kecewa.
“Ariana.”, terluah halus nama gadis itu di pinggir bibir.
                Dalam separuh sedar, dia mengulang panggil nama gadis itu. Badannya ditongkat dengan lengan sambil memandang Jambatan Pulau Pinang. Callum di sebelah turut memandang ke arah yang sama. Dia tahu, sahabatnya sedang berduka. Dean meraup rambut yang menutupi mata. Botol diteguk sekali lagi. Menghabiskan saki baki minuman yang bersisa.
   Dia merenung botol Root Beer yang sudah kosong. “Would you like some Dean?”, wajah gadis itu menyapa lagi. Hari itu, gadis itu mempelawanya minum dengan wajah kemerahan akibat menahan panas. Ketika itu, dia berasa sangat senang dengan Ariana.
  Siapa tahu, kini rasa senang itu bertukar bahagia. Daripada bahagia bertukar cinta. Setelah itu, tidak ada lelaki yang tidak ingin memiliki hati gadis yang dicintainya. Jika adapun, baginya, cinta itu harus ada yang menyambutnya. Apabila gadis itu membisu malah melarikan diri, dia keliru. Sebahagian hatinya berasa malu dengan dirinya sendiri. Ariana seolah-olah tidak menghargai perasaannya. Dia kecewa. Betul-betul kecewa.


Khamis, 29 Ogos 2013

Pelangi Senja 3


                Seperti yang telah dijanjikan, sebelum jarum jam menginjak pukul 8.00 pagi, telefon bimbit sudah berdering nyaring. Memecah kebisuan bilik itu yang membuat Kak Lela terjaga daripada tidurnya. Buku setebal dua inci dan berat hampir menyamai sekampit beras 5kg jatuh dari ribanya ke atas lantai. Ariana yang sedang menaip di komputer riba tersentak. Tanpa berlengah, telefon bimbit yang terpasang pada pengecas dicapai.
“Yes, Dean?”, Ariana melihat nama pemanggil sebelum menjawab panggilan.
“Hey, are you even awake? I’m down here at the cafĂ©. I hope you will not called it off.”, suaranya sudah sebegitu jelas dipagi hari sedangkan Ariana yang senyap membisu sejak tadi kedengaran seperti lagak mamai orang baru sedar dari tidur.
“No, I’m working on something online right now. What you think, I’m not some sort of log lay down on the bed 24/7. I’ll be right there at 8.00. I’ve got to go now.”, talian serta merta putus.
                Ariana kemudian terkocoh-kocoh ke jendela bilik. Tingkap dibuka, dan dia dapat melihat susuk tubuh yang dikenalinya itu dengan baju T berwarna biru tua berdiri sambil merenung telefon bimbit yang baru dia putuskan taliannya sebentar tadi. Dalam diam, dia tersenyum.
                Kini, lima orang yang sudah berkumpul di kafe sedang menikmati sarapan masing-masing sambil diselang-selikan dengan tawa dan jenaka. Callum bercerita tentang malamnya di pusat karaoke dalam suara yang sudah sedikit serak. Riz pula merungut tentang Mahmoud yang terlalu banyak dengan soalan manakala Hanim sudah hampir mati kebosanan dengan sifat pendiam kedua-dua Buddyz wanitanya. Hanya Ariana dan Dean yang kadang-kadang menyelit dalam perbualan itu. Bagi Dean, dia lebih berminat mencuri-curi pandang ke arah Ariana dihadapannya.
“Today is the last day.”, tiba-tiba Callum melontarkan realiti dalam situasi mereka ketika itu.
                Hanum, dan Riz ikut bersedih kerana selepas ini, masing-masing akan susah untuk bertemu dek kekangan komitmen pelajaran. Dean dan Callum sudah di tahun akhir University of Wales Trinity St. David di Lampeter namun mereka mengambil keputusan menjadi pelajar pertukaran selama setahun kerana sebab-sebab tertentu.
“But, we’ve got a year too. I believe everyone could make it someday and somewhere so that we could have a day together.”, Hanum cuba menghidupkan suasana.
                Kata-kata Hanum benar. Tanpa mereka sedari, setahun yang akan mereka jalani bermula daripada detik minum pagi di kafe akan menjadi peringatan paling berharga buat mereka. Tidak semua impian akan terlaksana. Tidak semua ombak menemui pantai.
Tengahari itu, selepas mendengar taklimat daripada Pusat Sejahtera (Pusat kesihatan universiti), mereka berlima ke Anjung Semarak untuk makan tengah hari. Sebelah petangnya akan diadakan raptai ringkas majlis penutupan rasmi minggu suai kenal Buddyz bersama Timbalan Naib Canselor di Dewan Tuanku Syed Putra. Dean akan membuat persembahan duet bersama Callum sebagai penyanyi utama lagu Nak Dara Rindu oleh P Ramlee. Ariana, Riz dan Hanum yang dimaklumkan pada makan tengah hari itu melopong tidak percaya .
“You don’t speak Malay.”, Ariana melontar bola ke gelanggang perbicaraan.
“And you don’t sound like one.”, Riz menyambung perbicaraan.
“Terribly unbelievable, you have never consult us on this.”, Hanum menjerit mengejutkan seorang lelaki yang lalu disebelahnya sambil membawa minuman.
                Callum menoleh Dean sekali dan berkata itu ialah ideanya.
“He could sing it. He used to with his grandma Adibah. Hey, you don’t tell them about her?”, Dean di tempatnya meneguk jus epal sekali dan mengunjukkan kepada Ariana sekali.
“Apple…Dorothy…”, dia berniat untuk bergurau dengan Ariana namun disambut dingin tanpa belas oleh Ariana.
“You really have to explain this.”, ketegasannya menjelma pada waktu-waktu diperlukan.
“Okay, I got it. It’s basically true. And what is certain, I could sing it as I used to with my grandma. She lives here in Penang. Grandpa likes it so much that, he would sing the song for her like thousands of time. I don’t know how he made it, but then, I realize I’ve been captivated by his enchantment with the song as well. I don’t want it either. It just happened. People says kid absorb real fast like a sponge, working amazingly with the neurons and creating sparks so that they are glued on specific chamber in the memory system. That’s the whole story.”, Dean menjelas panjang lebar perihal kebolehannya mendendangkan lagu oleh Allahyarham P Ramlee.
“Not yet considered as a whole. What with this grandma Adibah?  I don’t know any British folks with name sound very Malay.”, Ariana masih kurang berpuas hati.
“That is another long story. But, all I could tell you is that she is not biological. My grandpa married her when he served in military here in World War 2. They bore no child. Since then, he never came back leaving my mother with two other siblings under his sister’s care. Even so, he did give them allowance by post. Sometimes, they came to visit. I visited them a year before he perished. During that period, he taught me Nak Dara Rindu. I’ve got all told to you guys now. Shall we leave?”, ketiga-tiga sekawan itu mengangguk-angguk dengan rasa kagum.
                Ketika mereka berlima menuruni tangga, hujan renyai-renyai sudah mula menyimbah bumi. Ariana teringatkan payungnya dalam beg sandang. Pantas, dikeluarkan daripada sarung plastik dan membukanya. Dean dan Callum pula tidak mendengar ramalan kaji cuaca pada sebelah pagi kerana sejak pukul 7.00 pagi mereka sudah berjalan ke kafe. Lalu, Riz menumpangkan teduh untuk Callum. Hanum pula berkongsi dengan Ariana, dan payung Ariana diberi kepada Dean untuk kegunaannya.
                Mereka bertiga berniat untuk pulang ke bilik masing-masing sebelum hujan semakin lebat. Dean dan Callum pula akan menuju ke perpustakaan untuk berehat. Ketika Ariana berkira-kira untuk melintas ke seberang jalan, dia tidak perasan akan kehadiran motor yang memecut. Namun, Dean pantas menariknya dengan sekali gerakan membuatkan Ariana jatuh ke dalam pelukan lelaki itu. Kedua-duanya terdiam manakala Riz, Hanum dan Callum menjadi pemerhati dengan rasa tidak percaya.
“You almost killed yourself!”, sebaik tersedar daripada kejutan yang sementara tadi, Dean melontarkan rasa marahnya pada Ariana.
                Wajahnya yang mula dibasahi tompok-tompok hujan kemerah-merahan dalam rasa marah yang meluap-luap. Dia tidak tahu sebab dia harus menengking Ariana sebegitu rupa atas kecuaiannya yang sedikit. Ariana yang masih terkejut semakin tergamam apabila disergah sebegitu rupa. Perlahan-lahan, lengannya yang masih berada dalam cengkaman Dean terlepas dan akhirnya tergantung lemah.
“I’m sorry.”, selepas itu, dia mencari Hanum dan memaksa gadis itu meninggalkan kawasan itu dengan dorongan pada lengan.
                Dean yang melihat tertinggal di belakang bersama Callum yang sedar payung Ariana sudah lama tersembam ke tanah dan rakannya sedang berhujan dan basah. Payungnya kemudian, dibawa meneduhi Dean daripada terus dibasahi air hujan. Riz mendekat perlahan-lahan dan meletakkan tapak tangan atas bahu Dean.
“I’ll take it from here. She’ll be fine. I know her very well. Just keep yourself in good shape. You have to perform tonight.”, Riz berjanji sebelum berkira-kira pergi.
“Make her come tonight. Promise me.”, Riz mengangguk dua kali.
                Ariana masih berteleku di meja belajar sebaik pulang dari makan tengahari. Dia sudah memaklumkan kepada Nurdalila bahawa dia kurang sihat untuk menghadiri raptai pada petang itu. Dalam diam dia berteleku, tangannya lincah melipat origami katak. Beberapa ekor sudah siap dilipat dan kini dia sedang menekan-nekan origami katak supaya melompat.
                Lela yang baru pulang membatalkan niat untuk mengajak Ariana ke majlis penutupan rasmi malam itu. Dia dapat merasakan gadis itu tidak berminat dengan sebarang perbualan ketika ini. Origami katak yang sudah terbalik atas meja dibiarkan sahaja. Tidak lama kemudian, telefon bimbitnya berbunyi nyaring. Ariana melihat sekali imbas dan menjawab panggilan.
“Hmm, nak apa?”
“Na, kau dah ok ke? Aku datang desa kau lepas maghrib, kita pergi sama-sama.”, Riz di hujung talian cuba memujuk.
“Tengoklah macam mana. Aku penatlah.”, dia masih teringat akan peristiwa tengah hari itu.
“Eh, kau kena datang. Kak Nurdalila kata malam ni penting. Semua kena datang. Kan ada sesi bergambar, dapat sijil. Na, takkan pasal benda kecil je kau merajuk. Kau ni macam ada apa-apa je dengan Dean.”, kali ini, Riz tidak berniat menggunakan kata-kata manis.
                Ariana di hujung talian menelan liur pahit sekali. Dia tidak pernah berfikir sejauh itu dan tidak mahu Riz berfikir sejauh itu. Dengan air liur yang menuruni rengkung terasa begitu kelat, dia cuba berkompromi dengan Riz.
“Tak, bukan macam tu. You know, post traumatized incident. Aku teringat-ingat.”, dalam fikiran yang bercelaru antara hati dan akal, Ariana menjelaskan dengan pembohongan yang nyata.
“Kau teringat kau kena marah ke, pasal kau nak kena langgar. Na, aku tak nak dengar alasan. Malam ni, 8.00 sharp aku nak kau dah terpacak kat depan desa kau. Aku dengan Hanum datang naik kereta. Reminds me why we are friend buddy. See you.”
                Dalam dewan, semakin ramai pelajar-pelajar yang memenuhi ruang tempat duduk, tidak kurang juga di ruang legar menunggu teman masing-masing. Pelajar-pelajar Buddyz ditempatkan di bahagian tengah barisan hadapan bersama koordinator masing-masing. Callum sudah menempatkan diri di tempatnya manakala Dean masih hilang entah di mana. Ariana yang akhirnya menghadirkan diri kini berasa canggung bukan sahaja terhadap Dean, malah Callum di sebelahnya. Kak Lela duduk di bahagian penonton.
“He apologized on what happened this afternoon. Make tonight for him, will you? It’s none of his intention to hurt your feeling. He just went out of controlled.”, Callum yang menyedari kesunyian Ariana disebelahnya menyampaikan salam maaf Dean.
                Ariana mengangguk dan menepuk tangan Callum sekali sambil menghadiahkan senyuman. Cahaya dalam dewan malap dan ketika itu barulah Ariana perasan akan susuk tubuh seseorang menghampirinya dan Callum. Dean.
“There were some technical problems with the song. Now, it’s fixed. Sorry for making you wait.”, dia tidak menunjukkan rasa canggung di hadapan Ariana.

                Sebaliknya, dia mengambil tempat duduk di sebelah kanan Ariana dan apabila gadis itu merenungnya secara curi dalam suram cahaya, Dean tersenyum manis. Dibalas oleh Ariana penuh manis juga. Masing-masing tahu tiada apa yang perlu dibahaskan lagi. 

Selasa, 6 Ogos 2013

Pelangi Senja 2

                Malam itu, Ariana mandi lebih awal daripada biasa. Dia juga makan sebelum azan maghrib. Sebelum dia duduk bersila sambil bersandar pada dinding atas katilnya, dia menghubungi Hanum dan Rizuan.
“Helo, Ariana here. Malam ni tak jadi keluar makan. Aku dah beli makanan kat kafe. Ok bye.”, kemudian tanpa menunggu balasan kata, dia meletak talian.

                Lela yang sedang mengulangkaji subjek Psikologi mengerut dahi. Cermin mata di tongkat atas batang hidung. Wajah Ariana yang sedang membaca novel Knight in Shining Armor  direnung dari ekor mata. Sejak pulang, gadis serba serbi tidak terurus itu nampak terurus.
“Kak Lela lagi tadi tengok Ana. Nak gosip ke?”, sambil matanya membaca, mulutnya lancar bertanya.
“Eh, ingat kau membaca. Akak ingat nak order makan dengan kau tadi. Ni alih alih kau dah makan.”, Ariana senyum segaris.
“Akak janganlah tipu Ana. Pelik ke tengok Ana dah mandi, dah makan. Kan?”, kali ini Lela pula tertawa.
“Kau jumpa apa kat Kompleks siang tadi ha sampai kau jadi puteri terurus pulak malam ni. Dah akak ada test minggu depan. Sambunglah baca buku kau tu.”, apabila Lela bertanya Ariana diam membisu.

                Ingatannya memutarkan peristiwa yang berlaku sepanjang harinya. Telefon bimbit ditepi bantal direnung sayu. Hatinya seakan tidak sabar menunggu hari esok tiba. Dalam hatinya, dia menjawab perlahan. Ana jumpa pelangi kak.

                Dalam masa yang sama, seseorang sedang lepak-lepak sambil minum bersama rakan-rakan senegara yang juga baru tiba di Pulau Pinang. Teluk yang sudah membangun itu dikunjungi sejak petang tadi. Gueen’s Bay. Di belakang kepalanya tersergam gagah bangunan kompleks beli belah Queen’s Bay. Di hadapannya lautan luas yang memisahkan tanah semenanjung di seberang sana. Dia jadi teringat pada seseorang yang merinduinya di tanah seberang.  Asap rokok yang berkepul-kepul terlepas daripada hidung Luke kelihatan dalam kegelapan malam yang diterangi lampu jalan. Angin dari arah laut kemudian menolak asap rokok ke arah kompleks beli belah.

                Callum sedang menari-nari sambil mengikut rentak lagu Glory of Love oleh Peter Cetera yang dipasang pada i-phone. Sedang dia duduk di atas bangku sambil meneguk Mountain’s Dew. Sebaik terpandang botol air itu, dia teringat pada koordinator berambut bob cut siang tadi. Ariana.
“Would you like some Dean?”,cuaca panas membuatkan dia senang terhidrat.
“No thanks.”, Ariana yang mempelawa minuman kepadanya mengangguk sekali.

                Dia tidak sampai hati untuk menerima kerana air Mountain’s Dew itu hanya tinggal satu per lima daripada keseluruhan isinya. Dia tahu gadis itu kehausan. Tambahan,sejak tadi gadis itu menunggu untuk ke Kedai Mahasiswa untuk membeli minuman. Dia sendiri sudah selesai menghilangkan dahaga dengan air tin. Kemudian, Ariana kembali bersembang dengan Callum. Dia tahu, Callum lebih bijak melayan gadis berbanding dirinya. Bukannya dia tidak mahu bersembang dengan Ariana, tetapi dia lebih gemar melihat gadis itu dari jauh bersama rambutnya yang akan terurai-urai kiri dan kanan setiap kali berpaling wajah.


                Lamunannya pecah tatkala sebuah kapal terbang melintas di udara membelah kepekatan malam menuju ke arah jambatan Pulau Pinang. Telefon bimbit dalam poket seluar diseluk. Daftar paggilan dilihat dan Dean mencari satu nama. Selepas dia menjumpai nama itu, dia berkira-kira untuk menghubunginya. Tetapi, dia tiada sebab yang terlintas untuk dibualkan nanti. Akhirnya, dia menyeluk kembali telefon bimbit dalam poket seluar. Malam itu, pemandangan cukup cantik tambahan pula apabila duduk bersembang bersama kawan-kawan. Namun, bagi Dean perkenalannya dengan Arianalah yang membuat malam itu terasa lebih indah. 

“You look fresh today.”, Dean tersengih apabila Ariana menegur pagi itu.
                Dia terjaga awal sebaik terdengar bunyi laungan sesuatu daripada rumah ibadat orang Islam bersebelahan apartmennya. Callum dan rakan-rakan yang masih mabuk sejak malam semalam tidur di mana-mana kawasan rumah. Sebaik membasuh muka dan memberus gigi, dia kembali teringat akan program Buddyz pada pukul 8 pagi nanti. Sengihannya menyungging di pinggir bibir. Lalu, pencukur dalam kotak kecemasan dicapai. Sebaris demi sebaris, jambang halus di kiri dan kanan wajah dicukur.
“I feel like to do so.”, Ariana mengangkat kening sekali.
Buat apa, detik hatinya. Dean yang perasan Ariana kurang memahami maksudnya menunjuk dengan telunjuk kawasan bekas jambang. Callum sesekali menampar pipi Dean sambil ketawa riang.
“Give me a high five man. No, on your cheek.”, telapak tangan Dean hinggap pada pipi Callum kali ini.
“You’re cheater, man. Come on, you made me red.”, Callum membalas sebaik rasa tertipu.
                Dari jauh, dia terlihat Riz dan Hanum tersenyum dari jauh. Namun, apabila Mahmoud menepuk bahunya bertanya soal pokok di kiri dan kanan, senyumnya hilang serta merta. Memang pagi itu, cuaca agak mendung dan sejuk. Mereka yang sedang berjalan dari arah masjid ke bangunan Dewan Tuanku Syed Putra melalui tapak pesta konvokesyen melayan perasaan masing-masing. Menikmati keindahan panorama tapak konvokesyen yang hijau lantai dan langitnya. Di kiri dan kanan pula, pokok-pokok Ru tinggi dan besar menjadi santapan mata.
                Ariana berjalan di sisi Dean, manakala Callum di sebelah kanannya. Sebentar lagi, mereka akan mendengar taklimat daripada Jabatan Keselamatan yang memakan masa satu jam. Ariana sudah mula memikirkan aktiviti yang akan dibuatnya sepanjang taklimat berbahasa inggeris itu. Tanpa sedar, keluhan kecilnya mencetuskan wap halus-halus. Namun, cukup untuk dilihat Dean di sebelahnya yang berjalan santai.
“What’s the matter?”, sekilas pandangan diberikan kepada Dean yang menyoal.
“Nothing.  I am just digging out my mind in and out what to do to kill my time in the hall later. We will be listening to everlasting lecture starting 15 minutes from now. Yes, 15 I guess.”, rungutan itu membuat Dean memicing matanya menutup redup kanta mata berwarna biru miliknya.
                Dia kemudian memeluk tubuhnya sambil menggosok lengan, berniat memberi sedikit rasa hangat pada tubuh. Selepas itu, badannya dibongkok sedikit menyamai ketinggian koordinator Asianya untuk mengatakan sesuatu.
“Would you like to listen to a story?”, Ariana yang terpinga-pinga hanya mengangguk.
“It’s Dorothy in The Wizard of Oz. Do you think she pleased people like a little girl her age should be? I don’t think so. I even had a friend with the same name in grade 3 and she loves to call the kids name. She used to call me Moe for my bob cut hair, just like the one on your head.”, di akhir ayatnya, Dean ketawa kecil dan Ariana melopong tidak percaya dirinya menjadi bahan rujukan.
“Do I look like one? Ok, you’ve got your punch line, so what come up next? I don’t even get the gist in your speech.  At least tell me more than the gist, will you?”, seketika, dia mula merasakan tembok ampuh yang memisahkan Dean dan dirinya mula pecah sedikit demi sedikit.
                Callum pula seakan memahami dan hanya bertindak sebagai pemerhati. Dia tahu, Dean sedang cuba mendekati gadis koordinator disebelahnya. Baginya, tidak salah sekadar mencari sedikit hiburan buat mengisi waktu pengajiannya disini.
“Oh, you have your wits. I see. So, she ended up meddling in some drugs and prostitution now. I got to know this 2 months ago, as you can see you rip what you sow. Now, people called her name.  A whore.”, sekali lagi diakhir kata-katanya, dia ketawa puas hati.
“And the gist is that, you don’t want to be Dorothy. She got thrown with apples by the trees. Can you recall that?”, Dean berjaya membuat Ariana ketawa besar sambil menghadiahkan penumbuk di bahu lelaki itu sambil ketawa mereka berpadu bersama-sama Callum yang mendengar sejak mula.
“ You want a high five? No, not on the palm, but on your arm.”, Ariana memaksudkan kata-katanya dan sebuah tamparan hinggap pula pada lengan lelaki itu.
“Moral of the story, listen to lectures if you don’t want to be showered with apples by the trees. Oh shoot, these trees produce no apple.”, Dean ketawa galak apabila Ariana membahas soal pokok Ru yang tidak berbuahkan epal.
“Oh no, I am so dumb. A dummy,  a dummy in the whole universe.”, kali ini, Callum bersuara lantang sambil diiringi tepukan daripada seluruh ahli kumpulan yang berada di hadapan.
                Dari tempat mereka berjalan perlahan, pintu Dewan Tuanku Syed Putra semakin jelas kelihatan. Dari hujung mata, Ariana mencuri pandang Dean di sebelahnya yang sedang mengeluarkan kamera daripada beg sandang. Dia mengaktifkan kamera dan mencuba memotret beberapa keping gambar sebelum berhenti tepat pada wajah Ariana yang masih tersenyum manis sambil berlatar belakangkan pokok Ru.
“I like you.”
                Sebaris ayat itu membuat senyum Ariana pegun pada posisinya. Ayat itu terucap ketika Dean selesai menangkap foto kandid dirinya sebelum berjalan mendahului beberapa tapak dihadapan. Dia menyapa Riz dan Hanum bersama-sama Buddyz mereka sambil memotret sekali lagi. Callum turut berlari menyertai kumpulan itu. Dalam keriuhan rakan-rakannya yang sedang sibuk bergambar, Ariana sekali lagi mengulang tayang kata-kata lelaki itu sebentar tadi. Pokok-pokok Ru yang merimbun di atasnya direnung. Sebaik terdengar namanya dipanggil, dia bingkas berlari.
                Sebelah malamnya, Dean menghubungi Ariana. Kali ini, dia punya modal untuk dilabur.
“Hey, girl. Want to grab some bite in the morning tomorrow? I’ll come get you at your place.”, suara dihujung talian begitu ceria meskipun bunyi jeritan di sebelah sana begitu kuat di pendengarannya.
“It’s Callum and the clans working on their chords real hard. Please don’t mind them. So, what say you?”, Ariana mengeluarkan bunyi berfikir yang panjang dalam talian.
                Dia berkira-kira untuk menolak kerana Riz dan Hanum pasti akan mengusiknya andai dia dilihat bersarapan bersama Dean.
“I’ll do it with a condition. I want Riz and Hanum there as well.”, akhirnya dia membuat keputusan .
“Let’s call it a deal. No problem. What about Callum? Is he stated in the condition?”, Ariana terbayangkan Callum yang sedang bernyanyi nyaring berdasarkan suara daripada talian telefon.
                Dia terfikir pasti pusat karaoke itu sudah mahu runtuh dibuat Dean dan rakan-rakannya. Sambil melepas tawa, dia membalas jenaka Dean.
“I bet he will fly back to London once he found out you had your breakfast without him.”, Dean di hujung talian turut tertawa.
“Set. 8.00 am at CafĂ© Fajar Harapan. Don’t be late.”,Ariana menuturkan sebutir demi sebutir maklumat itu bimbang andai Dean masih belum biasa dengan persekitaran kampus.
“Noted maam. See you.”, talian putus sebelum Ariana sempat mengucapkan selamat malam.
                Dean yang baru memutuskan talian berkata perlahan dalam keriuhan bilik karaoke. My sweetheart, have a sweet dream.


Ahad, 28 Julai 2013

Pelangi Senja 1



                Ariana merenung kosong inai di jari. Becok suara Kak Zura mengarah Maya itu dan ini hanya sekadar angin lalu. Ayah sesekali mengetuk pintu bertanya kipas sudah berfungsi atau belum. Semua orang memang sudah memenuhi rumah ini sejak semalam. Semua orang teruja apabila berita Ariana akan bernikah dikhabar. Teruja walaupun sebahagian besar hati mengatakan tidak percaya.
                Sesiapa yang tahu kisah Ariana dua tahun lalu pasti tidak percaya.



Pulau Pinang, 2007

                Pagi itu, hujan renyai-renyai turun. Dari dalam sebuah billik aras dua desasiswa, Ariana pulas tidur dibaluti selimut. Teman sebilik yang baru selesai mandi masuk ke bilik dan menolak pintu almari. Ariana bergerak mengeliat dan menarik selimut menutupi kepala.
“Bimbinglah aku dalam pelukanmu. Jangan lepaskan lagi.”, Lela yang dua tahun lebih tua berbanding Ariana menyanyi lantang.
“Kak Lela…”, Lela menoleh sekilas dan ketawa.
“Bangunlah Ana…Dah pukul 9.”, langsir bilik ditarik Lela.
“Selamat pagi dunia. Kak dah balik jogging pun kau masih berselimut.”, Lela menoleh sekilas corkboard meja Ariana.
                21 MAC : Buddyz . Kompleks Cahaya Gemilang.
                Lela membaca kertas nota berwarna hijau dengan marker merah. Hari ni, detik hatinya. Ariana yang masih bergolek atas katilnya dipandang hairan.
“Na…apa Buddyz ni. Kau tak pergi ke?”, Lela duduk di mejanya sambil mengeluarkan komputer riba.
                Mendengarkan pertanyaan Lela, Ariana tegak mematung sebelum bergolek ke lantai membuat Lela terkejut. Tualanya di ampaian direntap sambil menjinjit baldi. Lela menoleh sekilas dan kembali menatap skrin komputer riba. Tiba-tiba bunyi pintu tandas selang tiga bilik dari biliknya berdentum kuat. Lela tersentak sebelum menelan liur.
                Apabila Ariana tiba di Dewan A, Kompleks Cahaya Gemilang, suara Nurdalila dari dalam dewan sudah kedengaran. Timbalan Naib Canselor dah datang. Matilah.Telahannya benar majlis sudah bermula. Sebaik dia masuk, seluruh dewan sunyi sebentar dan dia perasan setiap makhluk bernyawa dalam dewan itu melihatnya.
“Dipersilakan mengambil tempat untuk yang baru tiba.”, suara Nurdalila yang mengacarakan majlis berdesing masuk ke telinganya.
                Ariana duduk di bangku belakang bersebelahan Hanum dan Rizuan. Mereka hanya sengih sebaik Ariana duduk.
“Kau jadi burung hantu malam tadi?”, Rizuan memulakan bicara.
Not a slightest funny Riz.”, beg selimpang dibahu diletak ditepi kaki dan Rizuan memetik jari sekali.
“Like I said, she won’t make it today. Ariana will forever be Ariana. Never get off the track.”, kali ini Hanum pula mengulas perihal sikapnya.
Cut the chatter makcik pakcik.”, Ariana mula menumpukan fokus kepada penerangan Nurdalila.
“Ai, sejak bila tak boleh bergurau. Red moon has coming?”, sebaik ayat Rizuan habis, pen ditangan lelaki itu dicampak ke hadapan.
                Tepat mengenai Megan Lee di kepala. “Who’s that being rude?”, dia bangun dan menoleh ke belakang. Suaranya memetir.  Sekali lagi, seluruh dewan beralih tumpuan. Nurdalila sudah menjegil mata ke arah barisan belakang. “He is very sorry.  You are too alluring today”, dengan menunjuk ke arah Rizuan, Ariana membidas penuh lantang. Megan Lee menghempas tubuh sambil menarik skirt menutupi peha. 
“Ehem. Gentlemen, I am sorry for the interruption. I shall proceed now.”, suara Nurdalila mengembalikan keadaan seperti biasa.
                Hanum menutup mulut menahan tawa. Rizuan sudah memerah sehingga ke telinga dan merenung tajam Ariana dari pandangan sisi.
“We are even.”, bibir Ariana menguntum senyum yang menyakitkan.
                Dari jauh, ada yang memerhati tiga sekawan itu. Sejak gadis berambut bob cut itu masuk ke dewan, hatinya bagai ditarik-tarik untuk memerhati. Apabila gadis itu membuat onar, dia ketawa kecil. Buku panduan pelajar baru atas meja direnung. Dia mula merasakan hidupnya di Malaysia bakal jadi lebih indah.
                Sesi taklimat Buddyz diakhiri dengan tayangan video lagu Negaraku. Kesemua 23 pelajar luar negara yang mendaftar untuk semester itu diberi jamuan ringan. Sementara itu, Ariana antara salah satu koordinator yang diberikan taklimat akhir oleh pengarah program, Nurdalila.
“Ariana, ada benda nak cakap kejap. Tunggu situ.”, Ariana yang berkira-kira ke tandas mematung sebentar.
                Dia memberi isyarat Hanum dan Rizuan untuk tunggu beberapa tapak tidak jauh daripadanya. Nurdalila sedang bercakap dengan pemandu bas yang membawa pelajar-pelajar baru ke situ. Kemudian, dia menemui Ariana.
“Kenapa lambat Ariana? Saya called awak malam semalam. Awak kata hari ni nak datang awal.”, Ariana merenung wajah itu dengan mata berkelip-kelip.
Urgent and last minute project work. Tak boleh nak elak dah kak.”, Hanum dan Rizuan mencuri dengar dari tempat mereka berdiri.
Attitude  Ariana. Attitude! Dah final year dah pun. Akak buat tak nampak pun Ariana masih tak faham. Takkan nak akak marah macam budak-budak.”, terangguk-angguk Ariana mendengarnya.
I’ll work to the fullest this time. You have my word.”, malas mahu memanjangkan perbalahan.
“OK. Macam yang Ariana cakaplah. Janji kena kotakan. Kalau tak…”, Nurdalila menepuk beberapa kali bahu Ariana sebelum beredar.
                Hanum dan Rizuan yang melihat dari jauh tersengih dan menunjukkan isyarat bagus. Ariana mengeluh sekali sebelum mencari daftar nama koordinator pada meja urusetia. Beberapa koordinator lain sudah beredar selepas menyemak nama Buddyz masing-masing. Ada beberapa kesan highlighter dan tanda tangan.
                Ariana binti Mustafa (115473). Dean Alexander Watts & Callum Luther
                Mohamed Rizuan bin Afendi (115481). Thungern Prawit & Mahmoud bin Sohrab
                Wan Hanum binti Wan Hussin (115489). Marcela Gunawan & Shigeru Haga
Matsaleh rupanya. Kau Hanum?”, Hanum duduk disebelah sambil melihat Ariana bermain BMX Boy dalam telefon bimbit.
“Indonesia dengan Jepun. Riz dapat pak arab. Guess you’ll spend some nice moment together, hah, budak tunjang?”, bahu Riz yang berwajah kelat ditepuk Hanum sekali.
                Ketika itu, dewan sudah dipenuhi oleh pelajar-pelajar semula dan Ariana menyeluk telefon bimbit ke dalam beg. Nurdalila masuk semula dan melihat ke arah audiens sekali imbas.
“You all have gathered. I am going to start with the distribution now so I bet everyone is excited.”, Ariana senyum kecil melihat Riz mengeluh.
“Aku dapat lelaki…..hah…cuti midterm burnt just like that. Ana suka lah..”, harapan Riz hancur luluh sementara Ariana tersenyum lebar.
                Nurdalila sudah membahagikan pelajar-pelajar baru kepada koordinator masing-masing. Sekali lagi, ada seseorang yang menunggu gilirannya dipanggil untuk bertemu dengan gadis bernama Ariana itu. Dia memerhati teman-teman gadis itu yang turut bergelak ketawa apabila si lelaki membuat muka selepas menyapa Buddyz dari Thailand dan Maghribi itu. Dia menanti penuh debar.




                Mereka berjalan dalam kumpulan yang dibahagikan menjadi Zeus dan Aphrodite. Ariana, Hanum dan Rizuan berada dalam kumpulan Zeus. Mereka sedang membawa Buddyz masing-masing sambil berjalan kaki ke bangunan-bangunan dan kawasan-kawasan penting yang perlu mereka ketahui sepanjang pengajian di situ.
                Sedari tadi, Ariana merasakan Dean Alexander Watts itu seakan-akan memerhatikannya dari ekor mata. Sesekali, dia akan mencalit tepi bibir atau mencuba melihat diri dalam melalui dinding kaca kalau-kalau ada yang tidak kena pada mata lelaki bermata hijau itu.
“Callum, how do you find here in Malaysia?”, berniat menghilangkan rasa canggung apabila berjalan bersebelahan dengan Dean, Ariana berborak dengan Callum.
Never feel better. Haha. I like it here, it’s warm you know. Good for tanned purposes. Am I right Dean?”, bahu Dean ditepuk Callum sekali menyedarkan lelaki itu.
Now, I feel much relieve. I thought that Dean has started to miss his mummy. I’m glad it’s just the weather. He has been so quite since in the hall.”, Ariana cuba memancing Dean untuk berborak sama.
                Lelaki itu senyum segaris menampakkan wajah manis. Dada Ariana berdegup laju sekejap. Lelaki ni pelik, bisik hatinya. Dia meneruskan menangkap beberapa keeping gambar sekitar Dataran Permatang Pelajar  yang ditabiri lanskap pokok pokok sebesar pemeluk manusia merimbun. Meneduhi sesiapa sahaja yang melaluinya.
                Apabila Callum berjalan dihapadan Ariana dan Dean, Dean menarik lengannya perlahan.
I like it here too. I’m glad we met.”, ayat itu kemudiannya menghiasi tidur Ariana sebelah malamnya.
                Rondaan mereka pada hari itu tamat di Bangunan Dewan Kuliah Z, Pusat Ilmu Pendidikan. Masing-masing bertukar-tukar nombor telefon dengan Buddyz masing-masing kerana mereka masih ada dua minggu tersisa untuk berurusan. Apabila Dean Alexander Watts mengeluarkan telefon bimbitnya, Ariana menelan liur. Callum sudah menyimpan dan membuat panggilan kepadanya untuk bertukar nombor telefon. Kini, sedang dia duduk di tepi tembok berhadapan dengan Dewan Budaya, Dean berdiri di hadapannya. Tubuhnya yang tinggi melindungi terik cahaya mentari yang menerobos seperti serpihan mengikut bentuk tubuhnya pada pandangan mata Ariana.
How can I contact you?”, Ariana senyum sekali. Dia tidak tahu sebab hatinya tidak keruan.
“My contact number. 01X-XXXXXXX. Anytime anywhere except late at night.”, tidak lama selepas itu, telefon bimbitnya menyanyikan lagu Harimau Selatan.
“Mine.”, nombor tertera disimpan dan Ariana berdiri, bersedia meninggalkan pekarangan Dewan Budaya.
                Petang itu, Ariana menaiki bas kampus bersama Hanum dan Rizuan sambil fikirannya menerawang. Kecoh Hanum dan Rizuan berebut giliran bermain Piano Master hampir tidak kedengaran. Dari cermin di tepi tempatnya duduk, dia senyum kecil.  Tangannya meramas telefon bimbit di dalam beg selimpang. Seingatnya, langit berwarna jingga yang mula berlabuh tidak pernah secantik langit pada petang itu.