Ariana
merenung kosong inai di jari. Becok suara Kak Zura mengarah Maya itu dan ini
hanya sekadar angin lalu. Ayah sesekali mengetuk pintu bertanya kipas sudah
berfungsi atau belum. Semua orang memang sudah memenuhi rumah ini sejak
semalam. Semua orang teruja apabila berita Ariana akan bernikah dikhabar.
Teruja walaupun sebahagian besar hati mengatakan tidak percaya.
Sesiapa
yang tahu kisah Ariana dua tahun lalu pasti tidak percaya.
Pulau Pinang, 2007
Pagi
itu, hujan renyai-renyai turun. Dari dalam sebuah billik aras dua desasiswa,
Ariana pulas tidur dibaluti selimut. Teman sebilik yang baru selesai mandi
masuk ke bilik dan menolak pintu almari. Ariana bergerak mengeliat dan menarik
selimut menutupi kepala.
“Bimbinglah aku dalam pelukanmu. Jangan lepaskan lagi.”,
Lela yang dua tahun lebih tua berbanding Ariana menyanyi lantang.
“Kak Lela…”, Lela menoleh sekilas dan ketawa.
“Bangunlah Ana…Dah pukul 9.”, langsir bilik ditarik Lela.
“Selamat pagi dunia. Kak dah balik jogging pun kau masih berselimut.”, Lela menoleh sekilas corkboard meja Ariana.
21 MAC : Buddyz . Kompleks Cahaya Gemilang.
Lela membaca kertas nota
berwarna hijau dengan marker merah. Hari ni, detik hatinya. Ariana yang
masih bergolek atas katilnya dipandang hairan.
“Na…apa Buddyz ni. Kau tak pergi ke?”, Lela duduk di mejanya
sambil mengeluarkan komputer riba.
Mendengarkan
pertanyaan Lela, Ariana tegak mematung sebelum bergolek ke lantai membuat Lela
terkejut. Tualanya di ampaian direntap sambil menjinjit baldi. Lela menoleh
sekilas dan kembali menatap skrin komputer riba. Tiba-tiba bunyi pintu tandas
selang tiga bilik dari biliknya berdentum kuat. Lela tersentak sebelum menelan
liur.
Apabila
Ariana tiba di Dewan A, Kompleks Cahaya Gemilang, suara Nurdalila dari dalam
dewan sudah kedengaran. Timbalan Naib
Canselor dah datang. Matilah.Telahannya benar majlis sudah bermula. Sebaik
dia masuk, seluruh dewan sunyi sebentar dan dia perasan setiap makhluk bernyawa
dalam dewan itu melihatnya.
“Dipersilakan mengambil tempat untuk yang baru tiba.”, suara
Nurdalila yang mengacarakan majlis berdesing masuk ke telinganya.
Ariana
duduk di bangku belakang bersebelahan Hanum dan Rizuan. Mereka hanya sengih
sebaik Ariana duduk.
“Kau jadi burung hantu malam tadi?”, Rizuan memulakan bicara.
“Not a slightest funny
Riz.”, beg selimpang dibahu diletak ditepi kaki dan Rizuan memetik jari
sekali.
“Like I said, she
won’t make it today. Ariana will forever be Ariana. Never get off the track.”, kali
ini Hanum pula mengulas perihal sikapnya.
“Cut the chatter
makcik pakcik.”, Ariana mula menumpukan fokus kepada penerangan Nurdalila.
“Ai, sejak bila tak boleh bergurau. Red moon has coming?”, sebaik ayat Rizuan habis, pen ditangan
lelaki itu dicampak ke hadapan.
Tepat
mengenai Megan Lee di kepala. “Who’s that
being rude?”, dia bangun dan menoleh ke belakang. Suaranya memetir. Sekali lagi, seluruh dewan beralih tumpuan.
Nurdalila sudah menjegil mata ke arah barisan belakang. “He is very sorry. You are too alluring today”, dengan menunjuk ke arah Rizuan, Ariana membidas penuh lantang. Megan
Lee menghempas tubuh sambil menarik skirt menutupi peha.
“Ehem. Gentlemen, I am
sorry for the interruption. I shall proceed now.”, suara Nurdalila
mengembalikan keadaan seperti biasa.
Hanum menutup
mulut menahan tawa. Rizuan sudah memerah sehingga ke telinga dan merenung tajam
Ariana dari pandangan sisi.
“We are even.”,
bibir Ariana menguntum senyum yang menyakitkan.
Dari
jauh, ada yang memerhati tiga sekawan itu. Sejak gadis berambut bob cut itu masuk ke dewan, hatinya
bagai ditarik-tarik untuk memerhati. Apabila gadis itu membuat onar, dia ketawa
kecil. Buku panduan pelajar baru atas meja direnung. Dia mula merasakan
hidupnya di Malaysia bakal jadi lebih indah.
Sesi
taklimat Buddyz diakhiri dengan tayangan video lagu Negaraku. Kesemua 23
pelajar luar negara yang mendaftar untuk semester itu diberi jamuan ringan.
Sementara itu, Ariana antara salah satu koordinator yang diberikan taklimat
akhir oleh pengarah program, Nurdalila.
“Ariana, ada benda nak cakap kejap. Tunggu situ.”, Ariana
yang berkira-kira ke tandas mematung sebentar.
Dia
memberi isyarat Hanum dan Rizuan untuk tunggu beberapa tapak tidak jauh
daripadanya. Nurdalila sedang bercakap dengan pemandu bas yang membawa
pelajar-pelajar baru ke situ. Kemudian, dia menemui Ariana.
“Kenapa lambat Ariana? Saya called awak malam semalam. Awak kata hari ni nak datang awal.”,
Ariana merenung wajah itu dengan mata berkelip-kelip.
“Urgent and last
minute project work. Tak boleh nak elak dah kak.”, Hanum dan Rizuan mencuri
dengar dari tempat mereka berdiri.
“Attitude Ariana. Attitude!
Dah final year dah pun. Akak buat tak
nampak pun Ariana masih tak faham. Takkan nak akak marah macam budak-budak.”,
terangguk-angguk Ariana mendengarnya.
“I’ll work to the
fullest this time. You have my word.”, malas mahu memanjangkan perbalahan.
“OK. Macam yang Ariana cakaplah. Janji kena kotakan. Kalau
tak…”, Nurdalila menepuk beberapa kali bahu Ariana sebelum beredar.
Hanum
dan Rizuan yang melihat dari jauh tersengih dan menunjukkan isyarat bagus.
Ariana mengeluh sekali sebelum mencari daftar nama koordinator pada meja
urusetia. Beberapa koordinator lain sudah beredar selepas menyemak nama Buddyz
masing-masing. Ada beberapa kesan highlighter
dan tanda tangan.
Ariana binti Mustafa (115473). Dean
Alexander Watts & Callum Luther
Mohamed Rizuan bin Afendi
(115481). Thungern Prawit & Mahmoud bin Sohrab
Wan Hanum binti Wan Hussin
(115489). Marcela Gunawan & Shigeru Haga
“Matsaleh rupanya.
Kau Hanum?”, Hanum duduk disebelah sambil melihat Ariana bermain BMX Boy dalam
telefon bimbit.
“Indonesia dengan Jepun. Riz dapat pak arab. Guess you’ll spend some nice moment together,
hah, budak tunjang?”, bahu Riz yang berwajah kelat ditepuk Hanum sekali.
Ketika
itu, dewan sudah dipenuhi oleh pelajar-pelajar semula dan Ariana menyeluk
telefon bimbit ke dalam beg. Nurdalila masuk semula dan melihat ke arah audiens
sekali imbas.
“You all have
gathered. I am going to start with the distribution now so I bet everyone is
excited.”, Ariana senyum kecil melihat Riz mengeluh.
“Aku dapat lelaki…..hah…cuti midterm burnt just like that. Ana suka lah..”, harapan Riz hancur
luluh sementara Ariana tersenyum lebar.
Nurdalila
sudah membahagikan pelajar-pelajar baru kepada koordinator masing-masing. Sekali
lagi, ada seseorang yang menunggu gilirannya dipanggil untuk bertemu dengan
gadis bernama Ariana itu. Dia memerhati teman-teman gadis itu yang turut
bergelak ketawa apabila si lelaki membuat muka selepas menyapa Buddyz dari
Thailand dan Maghribi itu. Dia menanti penuh debar.
Mereka
berjalan dalam kumpulan yang dibahagikan menjadi Zeus dan Aphrodite. Ariana,
Hanum dan Rizuan berada dalam kumpulan Zeus. Mereka sedang membawa Buddyz
masing-masing sambil berjalan kaki ke bangunan-bangunan dan kawasan-kawasan
penting yang perlu mereka ketahui sepanjang pengajian di situ.
Sedari
tadi, Ariana merasakan Dean Alexander Watts itu seakan-akan memerhatikannya
dari ekor mata. Sesekali, dia akan mencalit tepi bibir atau mencuba melihat
diri dalam melalui dinding kaca kalau-kalau ada yang tidak kena pada mata
lelaki bermata hijau itu.
“Callum, how do you
find here in Malaysia?”, berniat menghilangkan rasa canggung apabila
berjalan bersebelahan dengan Dean, Ariana berborak dengan Callum.
“Never feel better.
Haha. I like it here, it’s warm you know.
Good for tanned purposes. Am I right Dean?”,
bahu Dean ditepuk Callum sekali menyedarkan lelaki itu.
“Now, I feel much
relieve. I thought that Dean has started to miss his mummy. I’m glad it’s just the weather. He has been
so quite since in the hall.”, Ariana cuba memancing Dean untuk berborak
sama.
Lelaki
itu senyum segaris menampakkan wajah manis. Dada Ariana berdegup laju sekejap.
Lelaki ni pelik, bisik hatinya. Dia meneruskan menangkap beberapa keeping
gambar sekitar Dataran Permatang Pelajar
yang ditabiri lanskap pokok pokok sebesar pemeluk manusia merimbun.
Meneduhi sesiapa sahaja yang melaluinya.
Apabila
Callum berjalan dihapadan Ariana dan Dean, Dean menarik lengannya perlahan.
“I like it here too.
I’m glad we met.”, ayat itu kemudiannya menghiasi tidur Ariana sebelah
malamnya.
Rondaan
mereka pada hari itu tamat di Bangunan Dewan Kuliah Z, Pusat Ilmu Pendidikan.
Masing-masing bertukar-tukar nombor telefon dengan Buddyz masing-masing kerana
mereka masih ada dua minggu tersisa untuk berurusan. Apabila Dean Alexander
Watts mengeluarkan telefon bimbitnya, Ariana menelan liur. Callum sudah
menyimpan dan membuat panggilan kepadanya untuk bertukar nombor telefon. Kini,
sedang dia duduk di tepi tembok berhadapan dengan Dewan Budaya, Dean berdiri di
hadapannya. Tubuhnya yang tinggi melindungi terik cahaya mentari yang menerobos
seperti serpihan mengikut bentuk tubuhnya pada pandangan mata Ariana.
“How can I contact
you?”, Ariana senyum sekali. Dia tidak tahu sebab hatinya tidak keruan.
“My contact number.
01X-XXXXXXX. Anytime anywhere except late at night.”, tidak lama selepas
itu, telefon bimbitnya menyanyikan lagu Harimau Selatan.
“Mine.”, nombor
tertera disimpan dan Ariana berdiri, bersedia meninggalkan pekarangan Dewan
Budaya.
Petang
itu, Ariana menaiki bas kampus bersama Hanum dan Rizuan sambil fikirannya
menerawang. Kecoh Hanum dan Rizuan berebut giliran bermain Piano Master hampir
tidak kedengaran. Dari cermin di tepi tempatnya duduk, dia senyum kecil. Tangannya meramas telefon bimbit di dalam beg
selimpang. Seingatnya, langit berwarna jingga yang mula berlabuh tidak pernah
secantik langit pada petang itu.
Nak lagi! Nak lagi!
BalasPadamwah awak komenter pertama saya *teruja sangat*
Padam